Jumat, 28 Desember 2012
fisika.edu: momentum dan tumbukan
fisika.edu: momentum dan tumbukan: VII. MOMENTUM LINEAR DAN TUMBUKAN 1. PUSAT MASSA Dalam gerak translasi, tiap titik pada benda mengalami pergeser...
Senin, 24 Desember 2012
Hukum Hooke
Hukum Hooke menyatakan bahawa regangan spring
berkadar langsung kepada daya yang dikenakan ke atasnya jika daya tersebut
tidak melebihi had kenyal spring. Hukum Hooke
Benar untuk mampatan dan regangan bahan
kenyal.
Rumus hukum Hooke ialah: F = kx ,
d imana F = daya(N)
k = pemalar spring (Nm-1)
x = regangan atau
mampatan (m)
bahan yang mempunyai nilai k yang
lebih besar ialah bahan yang lebih tegar. Daya yang lebih besar diperlukan
untuk meregangkannya.
Kekuatan spring bergantung kepada:
Panjang asal spring.
Jika faktor-faktor lain adalah malar, spring
yang lebih panjang akan mempunyai nilai k yang lebih kecil, iaitu spring yang
lemah.
Diameter spring
Jika faktor-faktor lain adalah malar,
springyang mempunyai diameter yang lebih besar akan mempunyai nilai k yang
lebih kecil, iaitu spring yang lemah
Saiz spring
Dawai spring yang lebih tebal akan mempunyai
nilai k yang lebih besar.
Jenis spring
Bahan spring juga mempengaruhi nilai k.
spring keluli adalah lebih kuat daripada spring kuprum.
Susunan spring
Susunan spring bersiri- jika n spring yang serupa
disambung secara siri, jumlah regangan kumpulan spring tersebut ialah nx
Susunan spring selari- jika n spring
yang serupa disusun secara selari antara satu sama lain jumlah regangan
kumpulan spring tersebut ialah x/n
Langganan:
Komentar (Atom)